Chapter 44: Selamatlah dikau bertemu denganNya

Pertama kali saat ku mendengar berita…hatiku tersentap…jauh berbeza dari berita-berita yang pernah ku dengari…

Tidak ku sangka…perasaan seperti kehilangan sesuatu yang sungguh berharga, memang menjadi sebuah kenyataan…

Kenyataan yang ku sendiri tidak langsung menyangkanya…sungguh benar amaran Allah SWT bahawa saat kematian itu akan datang dengan tiba-tiba…ternyata ukhuwwah yang sekalipun hanya sementara…sekadar berjumpa dan bertanya khabar…duduk halaqah Quran bersama…bergurau senda tentang kerjaya anta…namun, itu lah kali terakhir kita berjumpa.

Akhi Ariff…semoga rohmu bertemu dengan Yang Maha Esa dengan hatimu yang tenang dan diredhaiNya…semoga dikau dikurniai syurgaNya…doakan ku turut bersamamu bertemu denganNya…sekalipun mungkin dikau tidak lagi membaca entry ini…

Ya Allah! Kalau kau takdirkan untuk nyawaku ditamatkan di dunia ini, Kau tamatkanlah ia dalam keadaan Kau meredhaiNya kerana tidak sanggupku bertemu denganMu dengan diriku yang Kau murkai…ampuniku ya Allah! ampuni ibubapa ku! ampuni seluruh keluargaku! ampuni seluruh taulanku! dan seluruh Muslimin semuanya…Ameen

Al-Fatihah buat Akhi Mohd Ariff bin Abdul Kadir, ayahandanya, ibundanya dan rakannya…

ThinkPlanAct

12.18am

Maluri

==================================

Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas
KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

“Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya,” katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s