Chapter 67: Sheikh Ahmad Yasin


Genap 6 tahun pemergian seorang tokoh pengobar semangat Jihad mempertahankan Islam serta umatnya di tanah milik umat yang dijajah, Sheikh Ahmad Yasin Rahimahullah. Beliau yang lumpuh sejak dari usia yang muda akibat kecederaan ketika beraktiviti olahraga ini telah memainkan peranannya dengan penuh kesungguhan dan istiqamah di dalam usaha membebaskan tanah umat ini iaitu Palestin dari genggaman penjajah Zionis Yahudi. Pengasas kepada gerakan HAMAS ini, berjaya memobilisasi umat Islam di Palestin untuk bangkit dari terus lena dengan proses-proses  perdamaian yang langsung tidak membawa manfaat kepada umat Islam di Palestin serta manusia-manusia lain yang turut ditindas akibat penjajahan. Mobilisasi mass umat Islam Palestin berjaya dilakukan, dengan izin Allah, hasil dari usaha pembinaan individu-individu yang kuat beriman dan berpegang kepada janji Allah yang senantiasa memenangkan hambaNya yang membantu agamaNya.  Dari itu, terhasilnya beberapa tokoh2 pejuang Palestin yang sungguh tidak asing lagi bagi kita, seperti Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi, Yahya Ayyash, dan sebagainya. Mereka ini yang sekalipun ketiadaan Syeikh Ahmad Yasin setelah beliau menemui syahid (insyaAllah), berkeupayaan untuk meneruskan perjuangan membebaskan Palestin sepenuhnya dari cengkaman Zionis Yahudi.  Usaha Intifada pada akhir 1980an serta pada tahun 2000 yang turut dicetuskan oleh beliau telah berjaya menggoncang serta membuka mata dunia, terutamanya umat Islam di seluruh dunia untuk turut bangkit membantu pembebasan Palestin dari penjajah Zionis Yahudi. Itulah antara usaha-usaha dan jasa beliau untuk memperjuangkan agama ini. Sekalipun hampir lebih dari 50 tahun terpaksa berada di kerusi roda akibat kecederaannya, namun beliau mamu menggegarkan cengkaman penjajah. Bagaimana pula dengan kita? Apa sumbangan kita untuk agama Allah yang bakal kita persembahkan kepadaNya kelak di Hari Akhirat nanti?

(Ingatlah) hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan (untuk dihisab), itulah hari (waktu itu) ditampakkan kesalahan-kesalahan. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal saleh niscaya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keberuntungan yang besar.(Quran 64:9)

ThinkPlanAct

3.20pm

Tronoh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s