Chapter 69: Pahit itu Manis

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

(Al Kahfi 18:28)

Peria rasanya pahit. Ginseng pun begitu. Ubat Paracetamol pun pahit. Juga ubat-ubatan yang lain, semua asalnya pahit. Memang ada yang manis, tapi manis itu hanyalah untuk menyembunyikan rasa pahit asli ubat tersebut. Namun, ubatlah sebuah kurniaan Allah SWT yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit untuk membawa kita kepada nikmat Allah SWT yang lebih besar, lebih sempurna dan lebih berkekalan.

Namun, ubat tidak akan ditelan jika seseorang itu tidak mengetahui apa kesannya yang mengubati penyakit yang dialaminya dengan izin Allah SWT yang mencipta penyakit justeru beserta penawarnya. Buktinya, lihatlah ketika kita masih kecil dahulu, dengan muka penuh berkerut dan linangan air mata, juga teriakan yang membingitkan gegendang telinga,  ibu dan ayah kita tetap bertekad memberikan ubat yang pahit itu untuk kita menelannya. Asalnya kita akan penuh benci menolaknya, kerana kita tidak tahu dan membenci sifatnya, sedangkan dengan izin Allah, itulah penawar yang menyembuhkan. Justeru, kini, kepahitan itu sudah menjadi lumrah yang kita terima dengan penuh rela dan ketenangan kerana kita tahu ia adalah kurniaan Allah SWT yang akan menyembuhkan kita. Semestinya kerana kita telah boleh menerima hakikatnya sebagai penawar dan dapat melihat kesan positifnya terhadap diri kita setelah melaluinya.

Begitulah sifat perjuangan dakwah menyeru manusia kepada Allah SWT. Menyeru manusia untuk menerima, menjiwai seterusnya merealiasikannya untuk merasai kurniaan nikmat terbesar dari Allah SWT kepada manusia, tanda kasih dan sayangNya kepada kita, iaitu nikmat Iman dan Islam. Iman yang menjadi satu daya dorongan yang sangat kuat, ketika ia di tingkatannya yang tertinggi, mendorong manusia untuk buat perkara2 yang hebat, mengeluarkan segala potensinya yang sungguh luar biasa. Semuanya dalam rangka semata-mata mengharapkan redha Allah SWT yang mengiktiraf usahanya sebagai hamba di dunia yang telah memenuhi tanggungjawabnya seperti yang Allah perintahkan.

Manakala Islam sebagai bukti dari Iman yang benar, adalah sebuah sistem hidup yang sempurna, cerminan kepada kesempurnaan yang manusia mampu capai di dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat kerana Islam itu sendiri adalah sistem hidup yang dicipta oleh Yang Maha Sempurna, Allah ‘Azza wa Jal. Tiada sempurna nikmat Iman tanpa wujudnya Islam sebagai sistem hidup yang diikuti seluruh manusia kerana sifat Islam itu sebagai sebuah sistem yang hanya akan dapat dinikmati keindahannya apabila ia terbina dengan sempurna. Hasil daripada usaha tangan-tangan, peluh-peluh, pengorbanan dan kudrat manusia sendiri. Itulah sunnatullah dan lumrah hakiki Islam sebagai sistem kehidupan. Itulah kepahitan yang apabila ditelan oleh mereka yang sanggup, bakal menikmati sebuah kenikmatan yang lebih besar, hakiki dan abadi.

Mungkin ia satu mimpi kerana Islam bukan lagi sistem hidup yang didirikan manusia, tanpa mengira yang Muslim ataupun bukan Muslim. Keindahannya sungguh terbatas, hanya di binaan masjid-masjid dan sinaran-sinaran peribadi yang mencapah. Ibarat melihat sebuah binaan yang belum siap dengan batu-batanya yang bertebaran di sana sini. Atau lebih tepat lagi, binaan yang sudah lebih 80 tahun dihancurkan dan ditinggalkan saat Khilafah Uthmaniyyah itu dilenyapkan oleh musuh-musuh yang lebih rela menggantikan mahligai indah Islam dengan lubang najis yang dikorek oleh mereka sendiri. Namun sungguh ironi, ramai manusia yang dahulu bernaung di bawah mahligai indah ini, sudah lupa bagaimana indahnya pengalaman berada di dalam mahligai tersebut dek terpesona dengan lubang najis yang dihiasi pokok-pokok bunga hiasan plastik yang digilap berkilau namun tidak lama bakal bersalut debu kekotoran kembali akibat tempiasan najis-najis jahiliyyah dari lubang itu sendiri. Mungkin suara merdu, pidato penipu yang meyakinkan dan papan tanda yang menggamit perhatian telah berjaya mencangkuk jiwa-jiwa yang lemah yang turut hancur saat mahligai itu dihancurkan. Seolah-olah tiada lagi harapan untuk mahligai itu kembali terbina dengan sempurna seperti sedia kala.

Ingatlah kembali asal usul terbina mahligai ini, ia adalah hasil kudrat mereka yang terdahulu, bersama utusan Allah yang mulia membina mahligai itu dengan sempurna. Dituruti oleh generasi seterusnya yang memperbesarkan lagi ruangnya supaya lebih ramai jiwa-jiwa mampu bernaung dibawahnya. Kini, ia mungkin telah hancur. Namun bukankah ia terbina hasil dari kudrat manusia sendiri? Maka, lihatlah bukti terdahulu, bukti sunnatullah untuk Islam itu sendiri,  janji Allah bagi mereka yang penuh bersungguh dan bergadai segala kudrat dan kurniaan Allah kepadanya untuk membina mahligai ini, akhirnya terbinalah mahligai ini dengan izinNya. Dengan itu, persiapkanlah diri kita sebagai pembina mahligai Islam ini dengan segala yang kita ada hasil kurniaan Allah SWT. Duit, masa, harta malah jiwa, semuanya. Sinsing lengan baju, dan mulakan bekerja membina kembali mahligai ini. Tarik kembali mereka yang sedang bersedih mengenangkan hancurnya mahligai ini. Sapu air mata yang bercucuran itu dan bangkitkan semangat mereka untuk bersama-sama membina mahligai ini. Buangkan cangkuk-cangkuk dunia yang mencengkam jiwa dan fikiran mereka bahwa mahligai ini tidak akan naik kembali. Bantulah mereka untuk turut bersama membina mahligai ini. Seterusnya, tidak lupa juga untuk tarik keluar mereka yang sudah terjerumus dalam lubang najis itu untuk kita bersihkan kotoran-kotoran di jiwa dan badan mereka dengan siraman Iman yang menyegarkan. Teruskan bekerja, dan bersihkan diri kita dengan siraman ayat2 Al-Quran dan lantunan-lantunan Sunnah Ar Rasul, supaya senantiasa segar dan bertenaga untuk bekerja dan terus bekerja mengikut rangka dan pelan asal seperti yang ditunjukkan di dalam Sirah UtusanNya yang mulia, Nabi Muhammad SAW. Seterusnya, bersabarlah menanti siapnya mahligai ini selagi usaha pembinaan ini diteruskan dengan izinNya. InsyaAllah. Saat itu, lubang najis yang selama ini melemaskan dan menghina status manusia sebagai hamba Allah yang mulia bakal mati seperti bangkai busuk yang hina dan menjijikkan.

Persoalannya mungkin apakah langkah-langkah itu? InsyaAllah, menyusul kemudian…

ThinkPlanAct

12.00 tghari

Tronoh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s