Chapter 71: Sambut Sahutan…

Pengerusi Aqsa Syarif (AQSA)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Selepas memuji Allah S.W.T dam berselawat ke atas junjungan tercinta Mohammad S.A.W, doa kita untuk para sahabat dan syuhada’ di mana-mana sahaja sepanjang zaman, terutama para syuhada’ di bumi Palestin.

Masjid Aqsa adalah kiblat pertama kita. Transit Nabi S.A.W antara Mikraj ke langit, ketika Isra’ dari Masjidil Haram Mekah. Di situ baginda dijamu pilihan susu atau arak oleh Jibrail a.s. Baginda memilih susu tanda kembali kepada fitrah.

Di Masjidil Aqsa juga para Ambiya’ dihimpun di belakang baginda untuk bersolat sebagai makmum. Baginda berpeluang beramah mesra dan mendengar pengalaman mereka berdakwah dengan ummat masing-masing.
Kegemilangan sama ada dakwah, tarbiah dan pemerintahan para utusan Allah berlaku di sekitar Masjid ini. Kegemilangan Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa sebagai contoh khazanah yang dipetik dari sumber wahyu, Al-Quran.

Semuanya memberi kekuatan kepada Nabi S.A.W yang baru tiba dari Mekah dalam tiga kesedihan; kematian Abu Talib, wafatnya Khadijah dan kekejaman penduduk Taif dan Mekah terhadap baginda.

Barangkali di sini rahsia hadis yang menggalakkan kita bermusafir ke Masjidil Aqsa. Dengan bersusah payah bermusafir ke sana, nostalgia perjuangan Para Anbiya’ akan segar hidup dalam jiwa seorang mukmin.

Kini segala-galanya terhalang. Masjid itu sedang diruntuhkan. Penduduk di sekeliling Masjid itu sedang diganyang, dihalau dan dinafikan hak mereka. Anak-anak mereka kelaparan dan terbiar.

AQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana.

Namun sahabat dan saudara kita di sana bangkit membentengi Masjid itu dengan tubuh mereka. Satu persatu gugur syahid pada jalan Allah dan satu persatu diheret ke penjara, yang tidak mengenal pintu keluar. Terus diseksa oleh Regim Yahudi itu.

AQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana. Ketika solat menghadap ke kiblat, Kaabah di Masjidil Haram, kita akan terbayang Masjidil Aqsa. Kembar ketiga Masjid itu.

Membayangkan Masjidil Haram Mekah mengingatkan kemanisan Iman dan kerinduan kepada Allah. Membayangkan Masjidil Haram Madinah mengingatkan kepada Sunnah Nabi dan kerinduan kepada baginda. Membayangkan Masjidil Aqsa mengingatkan Jihad yang menanti kita…

AQSA SYARIF bangkit dengan alternatif yang praktis. Kita kena menanggong kos kehidupan anak-anak yatim para syuhada’. Isteri dan keluarga yang menanti kepulangan suami mereka yang ditahan di penjara Israel itu.

Ayuh bersama AQSA SYARIF di awal penubuhannya ini. Anda menjadi “Assabiqunal Awwalun”. Golongan awal, perintis perjuangan Masjidil Aqsa dalam wajah barunya di Malaysia. Bersama dengan NGO-NGO perjuangan Palestin yang sedia ada.

Pahala orang-orang yang menyambung selepas ini, akan mengalir ke orang-orang terdahulu seperti anda. Walau bukan itu matlamatnya. Kembali ke fitrah kita. Keredhaan Ilahi mengatasi segalanya.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Waliilahi Al Hamd

USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
CHAIRMAN
AQSA SYARIF BERHAD

Source: http://aqsasyarif.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s