Chapter 75: Tak Malu ke?

Apabila kita membuat suatu perkara yang menyedihkan seseorang, secara naturalnya kita akan mengelak dari orang tersebut, kita cuba elak dari ada eye contact apatah lagi direct contact. Ketika sekolah rendah, kita pulang dengan bawak balik report card yang penuh dengan gred C & ke bawah, kita pun masuk ke rumah senyap-senyap, masuk bilik dan terus tidur. Tidak pula kita pergi jumpa emak (orang yang kita kecewakan) dengan muka berseri-seri, beritahu dia kita fail beberapa paper kemudian makan tengahari sama-sama.

Mug kegemaran housemate (orang yang kita kecewakan), kita terpecahkan, susah sekali untuk kita memandang matanya tepat-tepat sambil meminta maaf. Itu memang fitrah kejadian manusia. Menjauhkan diri dari orang yang telah kita kecewakan. Apabila kita tidak buat arahan Allah sepenuh hati, apabila kita tidak meninggalkan larangan Allah sepenuh hati, siapakah yang kita kecewakan?? Jawapannya tentulah Allah..

Maka datanglah SYAITAN YANG DIREJAM kepada kita membisikkan, “Oi manusia, kau ni tak malu ke? Lepas kau kecewakan Allah, kau nak pergi jumpa dia pulak (solat)? Engkau nak pergi memperingat-ingat dia pulak (zikrullah)? Engkau nak pergi berbincang akan perkara-perkara yang disuruh olehnya pulak (usrah)? Engkau nak buat-buat cover balik kesilapan kau pulak (menasihati orang)? Sudahlah manusia oii.. Engkau tak payahlah jadi hipokrit! baik ko duduk diam, engkau tu memang tak baik mane pun, so tak payahla kau nak susah-susah pergi solat jemaah, pergi usrah, pergi berukhuwah, pergi nasihat orang, takyah lah jadi hipokrit! Engkau menipu diri sendiri je!” Sedar tak sedar kita terasa diri kita ini hipokrit (hasil bisikan syaitan). Sanggupkah kita kata itu bukan bisikan syaitan? Sanggupkah kita kata itulah justifikasi matang kita tanpa hasutan syaitan..? haihh.. Tidak pernahkah anda menghayati maksud sepenuhnya dari surah an-Nas atau secara spesifiknya ayat yang ke 3 hingga 6? Anda tidak hipokrit. Tidak ada makna hipokrit dalam kamus hidup orang yang bertakwa/bersungguh2-untuk-bertakwa. Kerana orang bertakwa sedar mereka banyak kesalahan, tetapi mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan (tazkiyyah) diri mereka, bekerja (beramal) dengan lebih kuat serta meminta ampun (istighfar) dariNya setiap ketika. Hipokrit dalam konteks ini mainan syaitan. Jangan lah kita tunduk dengan permainan syaitan! Syaitan itu menyesatkan kita jauh dari rahmat & syurgaNya.

Penulis asal: Pyanuddin al-Helmy, Badr

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s