Ke mana hidup bersama?

Jauhi dahan yang patah, yang jatuh mematahkan dirinya dari pohon yang merimbun, kerana kehijauannya hanya sementara…lambat laun akhirnya kan kering dipukul bayu haba dunia.

Jadilah baja dan air yang menyuburkan pohon bukannya racun perosak membunuh kerana kelak racun bakal menjadi sisa-sisa buangan yang mati tiada guna…sedangkan pohon kan terus subur membesar dek gantian sel-sel sihat yang ikhlas dan produktif menguatkannya didatangkan oleh Yang Maha Penentu Segalanya.

27 kali ganda pahala membawa erti yang besar. Ganjaran bagi kesabaran dan keikhlasan taat menurut perintah dari Yang Maha Esa, berjanji memberi kemenangan buat yang ikhlas dan bersih berusaha, susah senang, suka duka, gembira hampa, semangat dan kecewa…

Itqan itu profesionalism. Ikhlas itu tercermin dengan berusaha. Berjaya perlukan kerja bersungguh luar biasa. Taat sendirian tidak menghasilkan laba yang didamba. Lambat bertindak, tertinggal lumba. Teruskan melangkah dan berlari. Tiada masa pandang kanan dan kiri selagi musuh pemusnah masih berdiri. Visi dan misi Quran masih harus dipenuhi. Contohi semut bukan lembu. Rajin bekerja, manfaat berganda.

ThinkPlanAct

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s