Benci jadi suka…

Sedang membaca buku Al-Muntalaq oleh Abu Ammar, terpaku dengan petikan ini:
“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan.
Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara berangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan.
Ianya ibarat singa yang telah dijinakkan.
Namum begitu, saki baki unsur kemuliaan masihberbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.
Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan, memanggil kepadakebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak,maka berdenyutlah kemuliaan di dalam jiwanya dan menyalalah bara di dalam sekam.
Bangkitlah semula sifat kemanusiaan di dalam diri manusia, mereka tidak sekali-kalimenerima penghinaan.
Mereka pun bangkit berjihad dan melihat segala apa yangdihadapinya di dalam jiliad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baikdaripada kehidupan kebinatangan.
Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau olehfaktor luaran, cepat sembuh dan mudah dihapuskan.
Sebaliknya, jika kehinaan itutimbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahayadan merupakan kematian yang tidak disedari.
Oleh itu, golongan taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orang ramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila.
Mereka membentuk para belia dengan pelbagai taktik dan strategi yang bertujuan untukmematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaansentiasa berada di tangan mereka yang zalim itu.”
Abdul Wahab Azam, Al-Shawarid, m.s. 318

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s