Aku Bersaksi… (part 2)

Aku, Lim dan Islam

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas
SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya
melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu
kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi
bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah
ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut
serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti
harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan
keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek
Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah
untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi
bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan
perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari
kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan
pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau
telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya
khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya
memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan
berita yang kudengar dari kakaknya. ” He’s name is no more Lim Wei
Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah
S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi
setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena
menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin
berkurangan.
….Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah,
air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan
dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama
terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua
olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat
peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis
kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur
melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual.
beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada
diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?…
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau
tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada
aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar
tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa
aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku
di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api
neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku
akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak
sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non
muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn
melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk
kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau
dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam
pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,
penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak
ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak
tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat
ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum
pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan
satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan
seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau
boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim
adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya
sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang
sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak
dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan
kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang
itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan
lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun
Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang
pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang
kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.

2 thoughts on “Aku Bersaksi… (part 2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s