Ikhlas…

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
(Hadith Bukhari & Muslim)
Hadith tentang niat. Niat yang tersembunyi hanya di dalam hati setiap manusia. Niat yang diterjemahkan di dalam amalan. Manusia tidak tahu…tetapi Allah SWT tahu. Hadith ini membangkitkan iman dan memperingati setiap kita yang beriman bahawa tiada apa yang tersembunyi dariNya…
Tiada amalan yang diterima olehNya melainkan semata-mata kerana Allah SWT. Selayaknya Allah SWT disembah dan meletakkan pengabdian sepenuhnya…!
Hijrah kerana Allah SWT. Kerana Allah SWT, kerana itu perintahNya…taat, patuh dan tunduk, semata demi redhaNya. Semestinya syaitan akan berusaha merosakkan niat kita…maka perbaharuilah dan terus berhijrah kerana Allah SWT…
Takut2 semuanya hanya sia-sia di Akhirat nanti yang mana hanya Allah SWT menjadi sandaran…hanya Allah SWT yang memberi peneduhan dari azab panas Padang Mahsyar…
Bukan kerana manusia…bukan kerana sesuatu yg dunia…!
Itulah bagaimana untuk ikhlas…itulah bermula seorang manusia yang fitrah…
ThinkPlanAct

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s